dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program ICT Bersama Tabika Kemas Gunung Hilir

20 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2024, Ahad program kolaborasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gunung Hilir bersama Tabika Kemas Gunung Hilir telah diadakan di NADI pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Antara sesi yang diadakan adalah pengenalan NADI, pengenalan ICT termasuk komponen komputer dan e-learning iaitu mewarna dalam bentuk digital. Pelajar Tabika Kemas sangat gembira kerana pertama kali belajar menggunakan komputer dan dapat mewarna dengan baik. Guru mereka Puan Aziann turut memberi maklumbalas baik kerana seronok dapat melihat anak-anak didiknya belajar digital.

Program ini dapat memberi didikan awal pada kanak-kanak tentang kepentingan digital dalam pembelajaran. Selain itu, pendedahan nilai-nilai murni dan adab menggunakan komputer turut diterapkan supaya mereka menjadi lebih berdisiplin dan mengikut arahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.